Saturday, May 2, 2015

Murtabak Maggie Mudah

As Salam bagi yang beragama islam & Selamat Pagi semua.... 

harapan n doa agar semua sihat dan ceria hari ni... muah3....

Korang sarapan apa pagi ni???

Hari ni nak buat kek pepagi n lepas zohor nak pergi umah ibunda tercinta coz ada bakor2 sesi berkumpul adik bradik...

Kerana kesuntukan waktu jadi pagi ni nak buat sarapan paling senang n ringkas je... 
Memandangkan dah lame xmakan maggie so hari ni kita sarapan martabak maggie...
Jom tengok resipinya....

Bahan2 nya ialah

Maggie 2 bungkus
(Apa2 perasa ikut citarasa masing2)

Telur 3 biji

Rempah maggie jgn buang k...  Penganti garam..

Bawang putih seulas

Bawang besar setengah biji
(Nak letak banyak takut bbudak tak makan)

Cili ikut suka
(Rasanya pedas lagi sedap)

Daging/ayam cincang
(Saya xletak coz kata nak cepat kan)

Daun sup

Cara2nya ialah

Rebus mi meggie sampai empuk

Bancurkan telur + bawang putih dicincang + bawang besar di potong dadu + rempah maggie (rasa sendiri jgn letak semua takut termasin pulak)

Gaul rata mi n bancuhan telur tadi n masak dalam kuali... tabur cili n daun sup nk campur skali pn xpe... guna api kecil n tutup kuali ye supaya masak xhangus....

Pastu boleh la di hidangkan... cicah sos pn sodap... Selamat Mencoba...